Saturday 17 December 2011

Kebenaran SBPA

KITA MEMAMNG KENA KENCING DENGAN KPPA...

Pekeliling asal menyatakan

"Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran."

PEKELILING M/S 10


TAPI HAKIKATNYA !!!! 

JPA menyatakan hanya PERLU IKUT SAHAJA ANAK PANAH YANG ADA!! JANGAN NAIKKAN DULU GAJI PADA SKIM SSM!!!!








gambarajah menunjukkan sifir gaji W17

sekiranya saya berada di T12 gaji RM 1370.90  maka gaji saya pada SBPA = RM1430.00
 hanya naik RM 59.10 sahaja !!

4 comments:

  1. Saudara sudah salah faham. Kaedah pemindahan gaji yang dinyatakan dalam PP 11/2011 adalah betul. Jadual gaji yang anda tunjuk itu juga betul sebab SUDAH dibuat pengiraan nya berdasarkan PP 11/2011.
    Gaji anda dalam SSM W17 T12=RM1370. Pada 1 Jan 2012, anda diberi atu pergerakan gaji biasa diSSM:
    RM1370 + RM 50 = RM 1420. Seterusnya di pindahkan ke SBPA W4-1 pada matagaji tertinggi berhampiran iaitu SBPA T6 RM 1430. Kemudian lihat pada baris Tarikh pergerakan gaji tahunan (TPG) anda iaitu ditetapkan pada 1 Jan setiap tahun. Dengan itu, pada 1 Jan 2012, selain kenaikan tadi, anda juga terus diberi satu TPG iaitu naik ke SBPA T7 = RM 1525. Jumlah kenaikan gaji anda pada 1 Jan 2012 adalah RM 1525 - RM1370 = RM 155. Peratus kenaikan adalah 155/1370 = 11.31%. (dalam lingkungan 7 hingga 13 % )

    ReplyDelete
  2. maaf tersilap....maksud saya SBPA W1-1 (bukan w4-1)

    ReplyDelete
  3. mane nak dapat sifir gaji N17 sbpa?

    ReplyDelete
  4. rasanya saudara silap faham. Apa yg saya lihat dari jadual pemindahan gaji tu. Mmg betul JPA suruh ikut anak panah. Ianya bertujuan untuk memudahkan pemindahan gaji yang perlu dilakukan oleh staff BSM. Jika dilihat pada pemindahan dibuat dalam gambarajah tersebut; mmg nilai baru dibawah anak panah adalah merupakan gaji terhampir SELEPAS kenaikan satu tangga di gaji asal SSM.
    Ayat sebelum ikut anak panah dalam surat dilampirkan jelas menyatakan perkara ini. Mungkin saudara cuma lihat ayat "hanya perlu mengikut anak panah". Sebetulnya ada ayat sebelum itu menerangkan hal yang sebenarnya.

    ReplyDelete